"Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam, Dengan
menyebut namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat
ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum
anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam
yu-lad. walam
yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki
kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah
akan
menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W
Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya
Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu
cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 juz
Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata
mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
>baik ianya lelaki mahupun
perempuan
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu ,tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat ,Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat >Israfil a.s.
Jika sekiranya
kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2
yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun
satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang lain.
~Wallahualam~
Sumber: LYMAH HMS
Tidak ada komentar:
Posting Komentar