Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
- Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
- Riwayat Bukhari dan Muslim.
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama,
pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan
Bukhari.
Semoga bermanfaat, mencerahkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar